:::Melakar Revolusi Jatidiri Insan Taqwa:::

lihat dunia dengan mata burung bukan dari dalam tempurung

Monday, August 30, 2004

merdeka ini....

Jangan terus-terusan melakar ilusi
Pada wacana yang sepi
Berhentilah wahai mimpi ngeri
Yang tak mungkin menjadi realiti

Terus-terusan bertanya diri
Sudah merdeka kah aku ini?
Sudah benarkah merdeka hati?
Hakikatkah merdeka ini?

Atau merdeka ini
Sekadar laungan sekuat hati
Kibaran bendera tersusun rapi
Sambutan untuk tari-menari
Di dataran KLCC

Sudah benarkah merdeka mu ini
Atau semata-mata berkiblatkan duniawi
Bukan merdeka yang hakiki
Yang memerdekakanmu di dunia abadi

Renungilah wahai diri
Di mana kau letak makna kemerdekaan ini
Muhasabahlah kembali
Agar kau tidak terus lupa diri!
Nota kaki : Wahai sahabat2 anak muda dan tak muda yang aku kasihi..jangan ler pi sambut merdeka kat tempat ntah hape2 yang akan ada sarung getah bertebaran selepas sambutan...bukan tak leh sambut, sambut ler..tapi dengan cara yang baik.... buat sujud syukur ker...kite dah tak terjajah..buat le menda2 berpekdah dari membuang masa dan mengumpul nota bahu kiri..buatnya mati tengah2 menyambut tu..dek kerana terperanjat bunyik mercun yang kuat gile tu ke..sesak nafas ker.. ajal dah tibe laa pendek kata... ape ler nak di jawab kat munkar - nankir nanti..huhuhu..nangis ler...