DaH BeSar SanGat kE ???
Bile umur menjejak angka 21 ni..aku mula rasa banyak sangat tanggung jawab ngan benda yang nak kena fikirkan...muhasabah balik... ape aku dah buat utk mematangkan diri... kalau zaman para sahabat ngan tabi'in ..mahupun tabi' tabi'in..mm..ngan zaman2 di mana khalifah Islam masih memerintah, anak2 muda yang sebaya dengan aku ni dah mula jadik pemimpin..even Salahuddin Al-ayubi membuka kota Constantinople pada usia 17 tahun..masya Allah.. akhlak semulia itu..acuan Al-Quran dan sunnah nabi...even anak2 kecil berusia 9 tahun dah boleh menjaga ibu dan adik2 ketika ayah2 mereka pergi berperang di Jalan Allah..
hmm bile fikir balik..aku ni macam ape jer... bukan setakat tak matang.. selalu sangat nak fikir benda2 hampeh..patutnya aku dah fikir pasal kemaslahatan ummah ni... kononnya aku anti pada maksiat..sedangkan maksiat depan mata pun aku masih tak sanggup nak halang...
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoining what is right, and forbidding what is wrong: They are the ones to attain felicity. (Ali 'Imran:104)
Meskipun perintah Allah dalam al-furqan tu aku baca berkali-kali ...tapi untuk mencari kekuatan tu aku masih goyah...pernah aku begitu kuat dan bersemangat utk melaksanakan amar makruf...nahi munkar...tapi uslub aku mungkin salah... rasa macam nak futur pun ada....
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan : " Kami telah beriman", sedangkan mereka belum diuji. (al-Ankabut:2)
Ya Rabb..jauh kan daku dari isti'jal dan futur...terlalu mudah diri ni gugur... ada sahabat pernah kata kat aku ...
"perjuangan kita ni sekarang tak sesukar zaman dahulu ...kita dengan mata pena"
...betul..aku setuju... tapi juga harus ingat..Islam tak tertegak dengan kata-kata... tangan2 ini wajib digerakkan dengan lebih maksimum lagi....kalau sekadar tulisan sebegini belum tentu ada hasilnya...belum tentu ramai yang membacanya...kena ada usaha dakwah setiap masa dan ketika....
ada kalanya aku menangis sensorang sebab terfikir.." Adakah aku ni tak terpilih utk berjuang pada jalan ni" tapi aku sedar...tu sumer hasutan syaitan...kelemahan kita bila diuji dimanipulasi oleh syaitan2 durjana tu utk melemahkan lagi ikatan qalbu ini pada deen yang syumul ni....soal tak terpilih tu sebenarnya adalah soal terakhir utk difikirkan... sebab awal2 lagi kita ni sume dah dipilih utk jadik caliph... khalifah di muka bumi ni... jangan emosi dalam perjuangan ni... sabar dan taqwa tu jerk laa kunci kejayaan... Allahu yasir...
C.U.T.E Caliph Universe Till End..Insya Allah..Allahu Akbar!!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home