:::Melakar Revolusi Jatidiri Insan Taqwa:::

lihat dunia dengan mata burung bukan dari dalam tempurung

Tuesday, September 28, 2004

Warning About KL Parking...

This actually happened to a man, not a woman recently in KL. Imagine:
You walk across the parking lot, unlock your car and get inside. Then you lock all your doors, start the engine and shift into REVERSE, and you look into the rear-view mirror to back out of your parking space and you notice a piece of paper stuck to the middle of the rear window. So, you shift into PARK, unlock your doors and jump out off your car to remove that paper (or whatever it is) that is obstructing your view. When you reach the back of your car that is when the car-jackers appear out of nowhere, jump into our car and take off!! Your engine was running, you would have your purse in the car and they practically mow you down as they speed off in your car. BE AWARE OF THIS NEW SCHEME THAT IS NOW BEING USED. Just drive away and remove the paper that is stuck to your window LATER, and be thankful that you read this. A purse contains all identification, and you certainly do NOT want someone getting your home address. They already HAVE your keys!

Tuesday, September 21, 2004

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

MOOD: layan jiwang..hahhaah
SUMBER: ingatan@yahoogroups.com, dihantar oleh :norlie@sig.com.my, dah tu ade nama M Razani..tu aku tak tau laa saper...penulis sajak ni kot.. heheh...ape2 pun.. aku plagiat ni ekk....
Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

Thursday, September 16, 2004

Antara Aku,Izuddin dan ...

Pertemuanku dengan Izuddin petang tadi membibitkan rasa-rasa keliru dalam diri ini.. adakah kerana insan seperti Izuddin aku sanggup mengalih arah cita-citaku ini..? Adakah aku akan menukar hala tuju keinginanku..? Wajah suci dan tenang Izuddin menggamit hati ini untuk terus mendekati insan sepertinya...argggggghhhhhhh sungguh keliru..berperang dengan jiwa ini..untuk menetu masa depan ku kelak...

Antara Neurosurgeon dan Paediatric..huhu..yang mana satu sebenarnya kehendakku? Kerana insan-insan seperti Izuddin..mudah sungguh hati ini beralih arah... hmm...mungkin naluriku menjurus ke arah Paediatric itu bukan cita-cita hakiki dalam dunia perubatan ini..mungkin aku hanya sekadar suka untuk berkongsi rasa.. dengan insan seperti Izuddin.. yang genap usianya sehari setengah ketika aku menziarahinya tadi Di Coombe ( sebut = Khum) Hospital... huhuhu...jeles ngan kak Leha.. anak die comel giler!!! Dah tu siap leh dapat specialities Irish lagi.. sebab die lahir sini... di secara automatiknya mendapat citizenship Ireland...waaaaaa... tak yah pakai passport tour EU countries..bestnyer...

Harap2..aku leh laa buat pilihan yang tepat dalam kerjaya ni..jalan masih panjang.... neurosurgeon specialist ker... paediatrician..? neurosurgeon kot...hmmm...




Tenang Izuddin tidor setelah puas dipaksa bermain ngan kak syiezha..hehhe..kesian die..

::glosari::
Neurosurgeon Specialist -- Pakar Bedah Saraf dan Otak
Paediatrician -- Pakar Kanak-kanak

Tips menggunakan payung di Dublin Bumi Indera Anginan

Dublin ni..cuaca nya memang sentiasa constant..istiqomah dan jitu tak pernah kenal erti jemu.. musim panasnya HUJAN, musim luruhnya HUJAN, musim sejuknya laaaagggggiiiiilaaaa HUJAN.. musim bunga pun HUJAN juga...so buat adik2 baru..janganlaa terperanjat ngan Dublin yang indah permai lagi maju bak kota koboi di Muar ..ahaks... hari ni..setelah hampir setahun kat sini..barulah pertama kali aku mengenepikan kemachoanku melawan hujan dan berpayung.. ahaks.... selalu tu main redah jer..tapi hari ni....ala-ala ayu laa pakai payung.. tapi jangan di sangka dengan payung akan terselamat dari bahana HUJAN di Dublin ni...mungkin tahap kekuyupan itu agak kurang..tapi serangan angin selaju 100 km sejam tuh ..hahah..tak sape leh selamat...so buat adik2 baru tersayang..meh kak syiezha berikan tips berpayung kat sini:

1. pegang batang payung dengan 2 tangan..satu di bhgn handle..satu lagi kat hujung dekat ngan kepala payung tuh..jangan sesekali pegang dengan satu tangan... You never know how fierce the wind are..

2. kalau angin menderu dari bahagian depan, turunkan payung sebanyak 30 darjah..ke depan.. macam pegang perisai nak melindung diri dari minyak panas ketika menggoreng ayam.. sesekali naikkan payung itu untuk melihat orang atau tiang di hadapan..kalau tak..hehe.. alamatnya accident laa awak ...

3. kalau adik2 diserang dengan angin yang kuat gile dari arah belakang sampai payung tu terkelepet ke depan macam kain betty boop ditiup angin... jangan sesekali cuba nk jadik McGyver dan betulkan dengan tangan sendiri ketika angin masih kuat..nanti rosak jer payung tuh..harga payung kat sini dahlaa EURO 8 ( = RM 40.++)... so untuk mengelakkan daripada sebarang kerugian harta dan nyawa berlaku..inilah penyelesaiannya... adik2 sila lah pegang payung macam pegang perisai tadi.. dan pusingkan badan ke belakang bersama payung itu di tuju ke arah belakang ( melawan arah angin tersebut)..nampak memang ala2 tarian siti payung..tapi secara automatiknya, payung tersebut akan kembali kepada bentuk asal.. Insya Allah..

Sekian.. Semoga tips ni dapat membantu..yang baik dari Allah..yang buruk dari kak syiezha jua...

Tuesday, September 14, 2004

apakah ertinya air mata ini..?

"Menangisnya aku...bukan kerana aku seorang perempuan, bukan
kerana aku lemah... bukan kerana aku melayan hiba...bukan kerana aku bermain
emosi..tapi kerana aku masih punya rasa..masih insan biasa..."
Ermm..ntah tak ingat kat mane aku perasan ade kata-kata tu ..mungkin dalam persada maya ni..mungkin dalam ilusi aku sahaja atau mungkin aku bermimpi kata-kata tuh... tapi memang betul laa kata-kata tuh.. mungkin ada yang tak setuju.. kerana manusia sering melayan perasaan ..mengalirkan air mata tanpa kenal erti jemu... huhuh..ape laa aku ngarut ni...macam layan jiwang lak...
OK laa..sebelum aku melalut tulis yang ntah hape2 lagi.. marilah kita bermuhasabah diri... berapa gelen dah air mata kita takung untuk selamatkan kita dari api neraka? Berapa banyak kalikah kita dah menangis semata-mata kerana takutkanNya...? Berapa kalikah hati ini menangis kerana dipandu rasa taqwa yang tidak bertepi..? Renung-renungkanlaa..insya Allah..

Thursday, September 09, 2004

Bile Landlord Merajuk....

Hari ni patutnye pi view rumah kat Palmerston Villa, utk disewa utk adik2 baru yang bakal datang Isnin depan..huhu.. rumah tu dah laa susah nak carik.. bile tgh2 carik jer.. landlord tu merajuk pulak..kate kami lambat.. huhuh.. die pun blah begitu saja..tapi takper.. mungkin rumah die tak elok kot utk kami..Allah Knows Best...hehhe..padahal, pengajaran kedua ialah..kalau nak buat appoinment keluar awal sikit yer..heheh... tapi rumah tu pun memang agak jauh dari kolej.. cume murah sikit jer.... tak per laa.. tak de rezeki....setelah kecewa dengan kegagalan misi tersebut.. kami pun melihat keindahan alam di Palmerston Park... cantik laa..banyak bunga2 huhuh..musim panas ni.. sempat gak bergambar dengan Onya, budak kecik yang comel tu...waaaaaaaaa.... seronok nyer tengok die main..tapi satu jer laa..musim2 panas ni..mat salleh yang sun bathing dalam Park ni..sokmo menonjol mata..argghhh... seb baik tak kena ketumbit... huhuh... ermm... tapi, bak kata zai, kawan aku yang sesama dalam misi ni.. memang berhikmah negara ni dijadikan sejuk..jadi, most of the times diorang taulaa nak pakai baju.. kalau negara belah2 timur tengah tu yang panas, majoritinya orang Islam, jadi majoritinya menutup aurat...hmm.. aku terfikir jugak ... kat Malaysia macam mane pula ek..hmmm... ape2 pun..kesimpulannya, Onya memang comel..hehehe.. mase aku nak pegi tu ..aku kate laa kat die.."bye Onya.."..tetibe ade sorang lagi jerit kat aku.."hey miss..if you call Onya, you're calling me too!! My name is Onya too..!!" ahaks..ade dua lak Onya kat situ..seronok gak laa budak2 kecik kerumun aku tadi...hehe..terasa nak cepat2 jer jaga budak..huhuhuh...

Kelihatan Kak Syiezha di situ bersama Onya yang comel.


Monday, September 06, 2004

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG

Sajak yang berbentuk nasyid ini berasal dari kumpulan nasyid Qathrunada yang bertajuk Cinta Agung.. erm..bile baca..mmg itulah realiti... kadang2 katanya berada di atas landasan Islam yg syumul..membawa pengislahan..tapi sesama kita pun bertelagah..masing2 melihat pada pendirian sendiri..sampai hampir terlupa hakikat sebenar,macam terlupa siapa musuh siapa saudara.. walhal Allah dah berfirman..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى
الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya lagi meliputi PengetahuanNya.”
(al-Maidah:54)
Harapan dan doa aku..hmm biar laa kita sama2..bersatu dan berpadu.. bak kata Imam Hassan al-Banna.. Kita bekerjasama atas apa yg disepakati dan berlapang dada atas apa2 jua perbezaan..semoga Allah memudahkan bantuan ke atas kita, dan Allah ampunkan dosa2 kita..ameen..hmm.. dalam banyak hal..kite kena laa seimbangkan.. hablumminAllah, hablum minannas...wasatiah, ajaran Islam..tapi jgn lak nak define org yg syadid tuh extreme.. karut laa kate org terrorist tuh.. ape2 pun.. Lillahi ta'ala dalam segala hal..huhuh.. macam ayat summersault berputar jer entry aku kali neyy.. ayat belit2..ape2 laa. janji ade gak sket2 mesej.. hehe... silap salah harap maafkan..
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan
Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...

Sunday, September 05, 2004

kegersangan minda di bumi dublin

hmm...setibanya kat sini terasa macam tak terjana pulak minda ni nak update blog ni.. nak cerita pasal kehidupan kat sini..macam tak menarik lak..nak paksa orang baca pasal hidup aku ye tak..aha.. ke kome sumer nak tau ..? kalo nak tau..mohler vote kat sini...tulis kat shoutbox ker.. kat comment ker.. sejak balik ni... seronok lak rasa.... sebab jumpe housemate2 yg tercinta..huhuh.. ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah...sayang arr kat sumer housemates..